Thursday, April 15, 2010

Kek Kahwin

Assalammualaikum...

Kek kahwin untuk anak jiran aku... baked mlm tadi dan deco subuh2 tadi... Majlis akad nikah mlm ni...


Tema warna putih coklat... Kek kat dalam Choc Moist. Guna buttercream... Aku taburkan manik2 kt atas dan tepi kek...

Tarian Pena
Nashya Ariff

Tuesday, April 6, 2010

Nutella Choc Chip Frosting

Assalammualaikum...

Welcome back to the longgggggg lost product! Dah lama aku xbuat resepi ni. Dulu2 ramai gak yang dok order. Waktu tu aku dok buat ngan partner aku. Aku rasa macam dah almost 2 years aku tak buat cupcake ni. Entahlah skill untuk buat tu masih melekat lagi ke idak... hehehe... limited edition this time. Aku xbuat banyak pun. Dok bawak p opis pun suruh bebudak ni kerat2 nak share... Sharing is caring, kan... ahakss...

Part yang atas kaler coklat tu Nutella. Real punya, bukan jenis2 lain yang ada di pasaran. Rasa pure coklat... yang siap ada hazelnut lagik. Bahagian dalam ada choc chip. Tengok gambar yang ditempel di bawah.

Ya... ini dia bahagian dalam. Nampak Choc Chip tu? Di dalam ada chocolate, di bahagian atas pun ada chocolate. Tak cukup lagi coklat, boleh request and disertakan dengan extra charge.

Ini bukan packaging untuk product ni. Ini saja2 letak dalam kotak kecil, kot2 ada orang nak order guna individual packaging. Rege? Belom ditengok lagi... Setakat ni, tengok packaging dulu, tapi untuk dapat kotak yang sama, adalah mustahil... sbb kotak ni pun dapat free dari boss... hehehehe...

Close up dari bahagian sisi. Menyelerakan?

RM30.00 untuk 12 pieces dalam 1 kotak. Perlukan kotak yang canggih? Tambahan RM2.00 untuk packaging lebih menarik...

Tarian Pena
Nashya Ariff

Orange Choc Chip Muffin

Assalammualaikum...

Resepi baru yang aku cuba minggu lepas. Itu pun sebab ada sorang minah kat office ni dok bising-bising nak muffin ni. Nak tak nak aku cari jugak lah dalam internet. Sib baik jumpa. So, selamat menjengah gambar2 yang telah di-snap!!


Yang ini sebab trial pack plus promotion untuk product baru, aku pun jual guna packaging yang baru. 6 biji muffin (setiap 1 berat dlm 100gm) dalam packaging bercorak ni, RM20.00. Bebudak kat office ni cakap sedap. Entahlah, selalunya kalau aku yang buat kek ni, aku tak makan. Setakat rasa untuk secubit dua nak tau boleh jual ke tidak, itu je la. Idaklah sampai berebut-rebut macam bebudak ni.

Aku guna perahan limau sebenar... chewah... hehehee... kasi hebat sket rasa dia. Ada orang guna juice dalam botol tapi aku rasa macam lg best kalau guna yang real flavour nya.

Open for promotion price RM20.00 for 6 pieces!!!