Sunday, January 4, 2009

Bermain dengan Fondant...

Cuppies ni ada sorang budak TV3 yang order untuk majlis TV3 KIDS. tak sangka lak cuppies aku leh masuk smpi ke TV3 ihik ihik ihik... ada a few times gakla minah tu order cuppies dan beberapa lagi produk lain dari kami. aku pun tak leh sangka aku berupaya buat cuppies ni. Waktu wat cuppies ni, aku baru je berjinak-jinak dgn fondant.

Cuppies ni sebenarnya saja je aku wat untuk sample fondant. buat design yang simple2, amik gambar. tapi nak wat bunga kecik2 tu bukannya senang wehh.. jenuh nak menarik dari penerap, pastu nak kena bentukkan dia jadi melengkung, kena jemur lak kasi smpi kering.. nak tampal bintik kuning kat tengah2 tu lak, kena guna royal icing. bunga ros tu aku beli siap. tak reti aku nak wat bunga camtu! hahahaa..

Cuppies ni untuk wedding adik partner aku kat Damansara. Aku guna base fondant kaler putih dan bunga kecik2 tu kaler pink. Gambar ni waktu kat rumah pengantin. Lepas tu, tier dengan cuppies tu seme dibawak ke Tropicana Golf Resort Club. Berebut orang dok amik cuppies tu sampai orang dari Singpore pun dok tapau gak bawak balik sana... tak sia2 wat penat2... huhuhuuu...

Sebenarnya, dalam banyak2 fondant cuppies yang aku dapat tempahan, cuppies sleeping baby ni yang paling mendapat tangga teratas. Kalau tak silap aku, dah lebih dari lima kali ada orang mintak aku wat cuppies ni. Paling banyak dalam 200 ketul. meroyan nak menyiapkan cuppies ni. ada beberapa peringkat nak siapkan cuppies ni. nampak macam mudah, tapi utk siapkan seketul je pun, amik masa dalam hampir2 10 minit. nantilah, insyaALLAH kalau ada masa, aku akan tunjukkan cara2 nya.

Ini fondant cuppies pertama yang aku belajar kat wilton dl. punyalah buruk.. hehehe... amatur lah katakan... hasil dari yang buruk ni lah aku leh wat yang cantik sket skang ni... hehhe...

Okay, nanti aku tempek lagi gambar2 cuppies dan kek yang aku design. Tunggu.....


Tarian Pena
Nashya Ariff

Friday, January 2, 2009

Keajaiban Sebuah Hiasan

Aku tak tahu bila aku mula tau cara-cara untuk menghias kek cawan. Aku tak pernah belajar, tak pernah tengok orang buat hiasan kek, tapi yang pastinya aku memang suka tengok hiasan-hiasan kek yang ada dijual di kedai.

Dulu-dulu, aku tak pernah ada angan-angan nak meniaga kek cawan. Aku memang minat meniaga. Dari zaman sekolah, hingga ke zaman belajar di ITM. Tapi dulu, aku meniaga barang-barang souvenir macam jubin, mug, bookmark, greeting card yang semuanya aku design sendiri. Bila duduk di rumah sewa, aku meniaga makanan lak. Jual sandwich, mee goreng, mee bandung, nasi goreng.. macam-macam lagi lah. Bila dah kerja, dah tak ada masa nak meniaga, so aku kerja je. Tetiba pulak partner aku ajak baking suka-suka. aku join je. tup-tup dapatlah order... bermula dari situ lah kami mula meniaga secara serius-part time.

Aku tak ada simpan dah design pertama aku. Terlalu banyak design yang aku dah buat. Tapi aku ingat lagi, design pertama yang aku buat adalah swirl atas kek cawan mini. Kenangan lama..

Aku ada tempek hiasan kek cawan yang pernah aku buat kat entri ni... Happy Viewing...


Tarian Pena

Nashya Ariff

Selamat Datang ke Dunia Yang Penuh Kemanisan



Assalammualaikum


Aku hanya seorang manusia normal, yang punya minat dan juga mungkin punya bakat! Aku hanya menyedarinya tiga tahun terbelakang ini! Aku berkongsi minat yang sama dengan sahabat aku. Kami sama-sama mengusahakan "kilang manisan" di rumah sewanya di Kota Damansara.

Lewat-lewat ini, aku punya rezeki untuk memiliki oven di rumahku sendiri. Ternyata lebih memuaskan hati kerana di rumah sendiri, masa boleh aku aturkan mengikut kesempatan aku. Kami masih lagi menjalankan perniagan bersama, mengikut masa kelapangan kami.

Aku mahu mengembangkan lagi bakat dan minat aku di dalam bidang ini. Impian aku, menjelang umurku 35 tahun, aku bisa mengorak langkah yang lebih panjang dalam bidang perniagaan. Tidak kira sama ada dalam bidang manisan mahu pun penulisan! Hehehe... banyak betul impian!

Nama aku Nashya Ariff. Lokasi aku di Bandar Tun Razak, Cheras. Aku boleh dihubungi di tulip_putih1605@yahoo.com atau none.east@gmail.com

Pada sesiapa yang mahu melihat koleksi gambar-gambar hiasan kek cawan aku dan kawan aku, sila layari http://flickr.com/photos/worldofbabycakes, http://s461.photobucket.com/albums/qq340/Nashyariff/

Gambar-gambar hiasan kek cawan yang ada di situ juga akan aku letakkan di sini. Tunggu.... aku akan kemas kini blog ni untuk semua....


Tarian pena
Nashya Ariff